Sunday, June 25, 2006

Flow Chart Admission Ke Hospital Desa Pangkor

Jadual Atas Panggilan Staff Kesihatan


Anggota Hospital Desa
[ Berkhidmat secara berterusan melalui 3 tugas syif yang mengikut jadual ]
Anggota Atas Panggilan Pertama
- 1 Pembantu Perubatan ( Dari Bahagian Rawatan Pesakit Luar (OPD))
- 1 Jururawat Masyarakat ( Dari perkhidmatan KKIA)
- 1 Attenden Kesihatan( Secara giliran;Seorang dari OPD, seorang dari
Hospital Desa )
- 1 Pemandu
Anggota Pangilan kedua
-Pegawai Perubatan dan Kesihatan
--Seorang Jururawat (Samaada J/M atau S/N dari Hospital Desa)

Kemudahan Di Hospital Desa Pangkor

Bilik UltraSound

Bilik Bersalin

Bilik Rawatan

Bilik Resusitasi

- Wad : 4 Katil lelaki
4 Katil perempuan
2 “Phototherapy Units”
- Bilik Resusitasi/Kecemasan
- Bilik Rawatan
- Bilik Ultrasound
- Labour Room
- Stor
- Bilik Utiliti
- Kaunter Penerimaan Pesakit

Objektif Hospital Desa Pangkor



Untuk menyediakan tahap jagaan pesakit yang bermutu, cekap dan konsisten sepanjang masa melalui:
1.Pengurusan pesakit yang cekap bersesuaian dengan “Practice Guidelines”
2.Rawatan pesakit yang berterusan terutama kes-kes kecemasan di luar waktu pejabat
3.Mengendalikan kelahiran selamat bagi ibu-ibu mengandung berisiko rendah.

Objektif Klinik Kesihatan Pangkor


1. Membantu penduduk Pulau Pangkor mencapai dan mengekalkan status kesihatan yang optima melalui perkhidmatan kesihatan primer yang menyeluruh
2. Menggalakkan promosi kesihatan & mengekalkan kesihatan oleh individu & masyarakat sendiri
3. Menyediakan perkhidmatan yang diintegrasikan antara kesihatan pencegahan, promosi kesihatan, penyembuhan dan rehabilitatif

Klinik Kesihatan Pangkor



•Bangunan Unit Rawatan Pesakit Luar (OPD) dirasmikan pada 21 APRIL 1964, Y.A.B Dato’ Shaari Bin Shafei, Menteri Besar Perak pada tempoh berkenaan
•Perkhidmatan Hospital Desa bermula pada OGOS 1989 sesuai dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan
•Ini diikuti oleh Fasa Kedua Pembangunan di mana bangunan Pembangunan Kesihatan Keluarga dibina dan perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak bermula pada JULAI 1990
•Bangunan dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan pada 13 MAC 1992 iaitu Dato’ Lee Kim Sai

Perkerjaan Penduduk

•Nelayan
•Pengusaha
•Kakitangan kerajaan
•Pekerja Hotel dan Resorts

Kemudahan Di Pulau Pangkor

•Kemudahan Awam
–Bekalan Air L.A.P. Saluran paip dari tanah besar
–Elektrik
–Telekomunikasi
–Balai Bomba Pangkor
•Balai Polis Pangkor
•Jabatan Laut
•Sekolah: Rendah - 4 buah; Menengah - 1 buah
6 Tadika
•Majlis Perbandaran Manjung.

Pengangkutan

•Feri beroperasi dari jeti Lumut ke
ØSungai Pinang Kecil
ØPekan Pangkor
ØTeluk Dalam
•Udara-Padang Udara di Teluk Dalam
•Terdapat syarikat yang memberikan perkhidmatan feri di sini iaitu Mesra Feri, Duta Pangkor & Pan Silver Feri (Hari Sabtu & Ahad sahaja)
•Jalanraya – sepanjang 14 km mengelilingi pulau
•Pengangkutan di Pulau Pangkor - anda boleh menyewa motorsikal ataupun kereta atau menaiki teksi


Pemandangan Bandar Pulau Pangkor Dari Klinik Pulau Pangkor

Kepadatan Penduduk

•Pada tahun 2002 jumlah penduduk di Pulau Pangkor adalah - 12,000 orang
•Majoriti : Kaum Cina – 50%
•Melayu – 40%
•Lain-lain – 10%
•Dianggarkan 20% dari jumlah ini adalah “floating populations” yang merangkumi pelancong, pengusaha dan pekerja dari tanah besar

Data Pulau Pangkor



•Terletak 8 batu nautikal dari persisiran pantai daerah Manjung di tanah besar (11 km)
•Meliputi kawasan seluas 2200 hektar
•80%-kawasan berbukit yang membentuk kawasan tengah pulau
•20% dari kawasan pulau didiami penduduk